Wahai kaum ibu, SENYUMlah! Demi anakmu yang belum lahir…

Pernahkah anda perasan sesetengah bayi amat kurang meragam?
Selalu kita kaitkan dengan perilaku ibunya semasa mengandungkan bayi itu.
Wujudkah perkaitan antara keduanya?

Sebenarnya memang ada fakta mengatakan ibu yang gembira dan selalu ketawa semasa mengandung akan melahirkan bayi yang juga ceria dan gembira!
Berikut beberapa fakta benar tentang pentingnya ibu hamil untuk sentiasa gembira dan ceria.

1. Pemikiran wanita hamil memang mempunyai hubungan fizikal dengan anaknya yang belum lahir. “Semua yang ibu mengandung fikir dan rasa akan disampaikan melalui neurohormone kepada anaknya yang belum lahir, sama seperti alkohol dan nikotin,” menurut Dr. Thomas Verny, dari Association for Prenatal and Perinatal Psychology and Health (APPPAH).

2. Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindakbalas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.

3. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicine mendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi baru lahirnya.

4. Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Emosi positif boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.

5. Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan bayi mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.

Buat bakal ibu, kawal emosi anda. Walaupun sedang dilanda kesedihan atau stres anda masih mampu memberikan senyuman demi anak yang dikandung. Berbincang , dan luahkan perasaan anda kepada suami atau kawan sekiranya menghadapi stress . Itu juga boleh membantu anda merendahkan tekanan.

Kepada para ayah juga, prihatinlah terhadap perubahan emosi isteri hamil dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Kepada bakal ibu, SENYUM dan KETAWAlah… 🙂

0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *