Sedihnya.. Bayi 9 Bulan Paru-Paru Nya Rosak Akibat Asap Rokok!!

Semua maklum bahawa merokok ini membahayakan kesihatan. Dan semua maklum bahawa asap rokok amat berbahaya kepada kanak-kanak dan bayi. Tetapi ramai yang tak ambil peduli hinggalah terjadi sesuatu yang buruk kepada mereka dan anak-anak mereka. Dan sedihnya, bayi 9 bulan paru-paru nya rosak akibat asap rokok!!

Bayi yang masih kecil, paru-paru nya tak kuat. Sistem imun nya masih lemah. Maka si comel mudah terdedah kepada bahaya daripada asap rokok. Yang amat kita kesali adalah bila perokok ini mementingkan diri dan menghisap rokok walaupun ada kanak-kanak dan bayi bersebelahan mereka.

Nah, kita lihat kisah yang terjadi kepada adik Nur Raisha Aufa ini yang menderita akibat kerosakan paru-paru nya.

 

BATU PAHAT: Seorang bayi berusia sembilan bulan di Kampung Baru Sri Gading, di sini, menderita akibat kerosakan paru-parunya, selain terpaksa dikuarantin di rumahnya sehingga berusia empat tahun akibat asap rokok.

Bayi comel, Nur Raisha Aufa Mohd Najib, yang disahkan pakar menghidap jangkitan kuman di paru-paru dan darah, juga diarahkan doktor untuk tidak berada di luar rumah mahupun di kawasan orang ramai berikutan paru-parunya yang lemah dan terdedah pada jangkitan.

Ibunya, Nur Farahani Hamdan, 25, berkata bayinya itu juga sudah dua kali dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat akibat sesak nafas.

Katanya, bayinya mula dikesan sukar bernafas seperti biasa pada Aidilfitri lalu selepas diserang demam panas dan selsema menyebabkan mereka sekeluarga membawanya ke HSNI.

“Keadaan Asha ketika itu sangat kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU selama dua minggu kerana paru-parunya dikesan oleh doktor berada dalam keadaan sangat lemah. Alhamdullilah Asha pulih selepas dirawat di ICU.

Nur Raisha Aufa Mohd Najib, 9 bulan, yang dipangku ibunya, Nur Farahani Hamdan, 25, kini tidak dibenarkan berada di luar rumah dan tempat orang ramai sehingga usianya empat tahun bagi mengelakkan paru-parunya terkena jangkitan kuman kini hanya berkurung di rumah mereka di Kampung Baru, Sri Gading. – Foto ihsan keluarga

“Namun Ogos lalu, keadaan Asha kembali buruk selepas demam dan selsema sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HSNI selama seminggu dan pelbagai ujian dilakukan bagi mengesan keadaan paru-parunya yang lemah akibat jangkitan, malah pakar turut mengesan jangkitan kuman pada darahnya.

“Selepas menjalani pelbagai ujian termasuk analisis darahnya, pakar menyatakan punca paru-paru Asha lemah dan sering terkena jangkitan kuman sehingga tidak boleh bernafas adalah disebabkan asap rokok sehingga doktor mengeluarkan arahan supaya tidak lagi dibawa keluar rumah dan di tempat orang ramai sehingga usianya mencecah empat tahun.

“Pakar turut mengarahkan kami mengambil empat vaksin khas untuk paru-paru, batuk, demam dan selsema Asha di hospital swasta kerana tidak mempunyai bekalan vaksin berkenaan. Namun kami tidak mampu kerana suami hanya bekerja sebagai Pekerja Am dan saya tidak bekerja,” katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.

Nur Farahani berkata, bulan hadapan bayinya juga perlu menjalani ujian darah semula bagi memastikan keadaan kesihatan bayinya stabil berikutan dibimbangi akan dijangkiti kuman lagi selepas ini.

Katanya, jika bayinya dijangkiti kuman lagi selepas ini, doktor memutuskan untuk menebuk paru-paru Asha dan bayinya itu perlu bergantung kepada alat pernafasan khas bagi memastikan organ pernafasannya stabil.

Ayah-ayah yang merokok, tolong lah tinggalkan keinginan untuk merokok. Banyak manfaat dari kita berhenti merokok antaranya kesihatan menjadi semakin baik dan kita menyelamatkan nyawa keluarga kita.

Nah, kami bawakan sekali teknik untuk berhenti merokok :

1. Melengah-lengahkan

Tunggu 5 minit atau cakap pada diri untuk tunggu sekejap

2. Menarik nafas panjang

Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3. Minum Air

Terutama air masak. Elakkan minuman yang berkafein

4. Sibukkan Diri

Jika nak merokok, buat sesuatu yang lain untuk alih perhatian. Sibukkan diri

5. Menjauhkan Diri Dari Perokok

Jauhkan diri dari orang lain yang turut merokok supaya tak terfikir untuk merokok.

6. Mengelakkan Diri Dari Suasana Merokok

Elakkan diri dari suasana yang mendorong kita untuk merokok.

7. Mengunyah sesuatu

Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

8. Membasuh tangan selalu

Kajian mendapati dengan membasuh tangan secara psikologi nya mengurangkan ketagihan merokok.

9. Mandi dengan kerap

Dengan mandi secara kerap juga dapat mengurangkan rasa untuk merokok

10. Meregangkan otot

Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

11. Meditasi

Atau untuk orang Islam, di galakkan selalu berzikir.

12. Memohon doa

Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

 

0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *