Sambut Kelahiran Bayi Cara Islam? Apa anda perlu tahu…

Oleh : Hawa Zara

Islam bukan sekadar agama, tetapi ia adalah satu gaya hidup. Setiap muslim, disuruh untuk mengamalkan ajaran islam tidak sekadar dalam ibadat, tetapi juga dalam hal-hal berkaitan kehidupan seharian.

Antara soalan yang sering berlegar-legar di fikiran ibu bapa kali pertama adalah, bagaimana sebenarnya untuk menyambut kelahiran bayi gaya islam?

 

1. Azan dan iqamah

Selepas itu, bayi yang comel, montok dan berambut lebat itu diserahkan kepada ayah untuk pertama kali diperdengarkan kalimah tauhid iaitu azan di telinga sebelah kanan dan iqamah di telinga sebelah kiri.

Rahsia azan dan iqamah buat bayi yang baru dilahirkan ialah syaitan akan lari daripada kalimah azan itu, walaupun sebelum itu dia ternanti-nanti kelahiran anak itu.

Selain itu, hikmah pertama kali yang didengari oleh telinga bayi ialah kalimah seruan yang mulia yang mengandungi kebesaran Allah s.w.t dan kata-kata dua kalimah syahadah.

Hal ini diibaratkan seperti mentalkinkan kepada si bayi akan kebesaran syiar Islam.

Kesan azan ini akan sampai terus ke lubuk hatinya dan kesan ini akan kekal, In Shaa Allah.

Rasulullah SAW begitu teliti mengajar umatnya tentang hal ini. Baginda begitu mengambil berat tentang aqidah tauhid dan iman. Serta pemerhatian

nya hendak menghalau syaitan dan hawa nafsu, sejak dari mula anak itu menghidu udara di dunia ini dan bernafas untuk hidup.

2. Doa

Digalakkan membaca surah ayatul kursi, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Disertakan juga doa khusus untuk bayi yang baru lahir iaitu :

Maksudnya : “Aku mohon perlindungan untuk anakku dengan kalimah-kalimah Allah s.w.t yang sempurna dari segala gangguan syaitan dan dari segala binatang serta dari segala sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk kepada apa yang dilihatnya”.

3. Tahnik

Tahnik ialah mengunyah kurma dan memindahkan ke lidah anak yang baru dilahirkan. Caranya ialah letakkan kurma yang telah dikunyahkan ke hujung jari, lalu masukkan perlahan-lahan hujung jari itu ke dalam mulut bayi yang baru dilahirkan. Kemudian, gerakkan jari ke kanan dan kiri dengan lemah lembut sehingga meliputi ke serata mulut anak kecil dengan kurma yang dikunyah tadi.

Jika tidak ada kurma, boleh digantikan dengan madu dan seumpamanya asalkan ia manis.

Hikmah bertahnik ialah urat-urat di sekitar mulut bayi akan menjadi kuat dengan gerakan lidah. Hal ini memudahkan bayi menghisap susu ibunya dengan kuat secara semulajadi.

Perbuatan tahnik ini diutamakan dilakukan oleh seorang yang soleh dan taqwa untuk mengambil berkatnya supaya harapan anak itu kelak akan menjadi seorang yang soleh dan bertaqwa pula, In Shaa Allah.

4. Memberi ucapan tahniah dan hadiah

Sunnat bagi seseorang Muslim segera untuk menggembirakan saudara Muslimnya yang lain apabila dia mendapat seorang anak. Caranya ialah dengan mengucapkan tahniah dan menimbulkan perasaan gembira di dalam hatinya. Hal ini akan merapatkan silaturrahim, menimbulkan kasih saying dan kemesraan di antara keluarga-keluarga Muslim.

Al-Quran telah menyebut tentang hal ini di dalam kisah Nabi Ibrahim pada Surah Hud, ayat 69 hingga 71.

Selain itu, dianjurkan supaya memohon doa bagi dirinya dan anak yang baru lahir itu. Semoga Allah s.w.t memelihara anak itu dari segala yang tidak baik.

Selamat menyambut kelahiran ahli keluarga anda yang baru!

0 shares
Previous Post

[ VIDEO ] Video ini boleh buat anda call ayah anda serta-merta!

Next Post

ibuayah.com kini dilancarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *