Kenapa anak bawah 2 tahun tak boleh diberikan ubat batuk dan selesema?

Batuk dan selesema memang kerap dialami bayi dan kanak-kanak. Banyak yang berlaku disebabkan persekitaran – merokok dan menjangkit dari orang lain (sejak sejak anak masuk taska ni memang kerap nauu batuk dan selesema).


Kenapa batuk? Batuk ni #reaksi badan bila cuba nak keluarkan kahak dari paru-paru. Biasanya untuk bayi dan kanak-kanak ni batuk dan selesema ringan je. Dalam 10 hari je dah lega insyaAllah.
.
.
Kadang-kadang kesian kan bila anak batuk dan selsema. Tak selesa sangat. Sok sek sok sek…batuk lagi. Namunnn awas mommy jangan diberikan ubat sekiranya kurang dari 2 tahun untuk 2 sebab penting.
.
1. Mengantuk – bila mengantuk bayi dan kanak-kanak akan kurang minum. Bila kurang minum, maka mudah dehydration.
.
2. Ubat batuk mengandungi codeine – sejenis narkotik yang perlahankan nafas. Bila diambil secara berlebihan boleh sebabkan sawan, gangguan saraf, pernafasan dan maut.
.
.
Jadi mommy kalau ada anak kurang 2 tahun yang batuk dan selesema boleh cuba kaedah alternatif yang lain.
.
1. Nasal drops dari saline
2. Tonimer spray dengan nasal suction


3. Minum air suam, sup ayam, susu ibu

4. Banyakkan rehat.

Most of the time, batuk dan selesema akan lega dengan sendirinya. Jika anak menunjukkan tanda-tanda semakin teruk maka cepat-cepat bawa bertemu doktor ya!

0 shares
Amalina Mohd Daud. MBBS (IIUM)
Amalina Mohd Daud merupakan ibu kepada dua orang anak dan juga founder kepada makanan bayi Toddible. Dalam masa lapang nya beliau suka berkongsi dengan masyarakat berkaitan kesihatan dan pemakanan bayi. Beliau boleh dihubungi menerusi amalinamohddaud@gmail.com
No Previous Post
Next Post

Anak Nangis Kembung Perut? Ibu dan Ayah kena ambil tahu fakta ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *