Ibu-ibu baru Tak Perlu Risau Jika Bayi Anda Ada 5 Perkara Ini

Bila bayi baru dilahirkan, memang banyak perkara baru yang perlu ibu pelajari. Sebab bayi yang baru dilahirkan ternyata tidak sama dengan kita yang dewasa ni. Namun, jangan panik sebab semua tu hanyalah perkara biasa. Jom kita tengok 5 benda PELIK tapi normal bagi bayi yang baru dilahirkan.

Ubun-ubun lembut

Bayi mempunyai ubun-ubun kepala yang masih lembut. Hal ini terjadi kerana tengkorak bayi masih belum bercantum lagi. Ubun-ubun yang lembut ini membolehkan bayi dilahirkan dengan mudah secara normal. Tapi jangan risau, yang lembut tu bukanlah bahagian otaknya. Ia cuma selaput yang melindungi otak bayi. Jadi, jangan takut nak sentuh ya. Kadang-kadang memang nampak berdenyut-denyut ubun-ubun sebab salur darah ada di permukaan. Tu pun perkara biasa!

 

Lekuk kecil pada dada.

Di bahagian dada bayi, mempunyai 3 bahagian tulang, maka yang berlekuk tu adalah tulang yang paling bawah sekali. Tulang ini membengkok sedikit ke belakang menyebabkan dadanya nampak berlekuk. Jangan risau ianya normal. Tulang ini akan menegak apabila bahagian badannya membesar semula. Jadi jangan risau sangat yaa.

 

Selalu tersedu-sedu

Kalau orang kita cakap tersedu-sedu tu sebab tandanya nak besar. Kalau orang putih cakap, sedu-sedu tu sebab ada salah komunikasi di antara otak dan otot di diaphragm. A Apape pun, itu adalah perkara normal. Sekali lagi jangan risau ya!

 

Jerawat di muka

Eh kecik-kecik dah ada jerawat? Yup sebab dalam badan bayi masih ada hormon si ibu. Jadi masa lahir muka akan jadi macam remaja pulak. Merah-merah dan penuh jerawat. Jangan bimbang. Anda hanya perlu lap sikit-sikit je bersihkan. Tak perlu la nak guna krim anti jerawat. bila hormon tu hilang, nanti jerawat pun hilang juga 🙂

 

Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dan ayah yang baru!

 

 

 

0 shares
Amalina Mohd Daud. MBBS (IIUM)
Amalina Mohd Daud merupakan ibu kepada dua orang anak dan juga founder kepada makanan bayi Toddible. Dalam masa lapang nya beliau suka berkongsi dengan masyarakat berkaitan kesihatan dan pemakanan bayi. Beliau boleh dihubungi menerusi amalinamohddaud@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *