Hati-hati memilih taska: Jangan sampai anak trauma seumur hidup!!

Kebanyakan ibu-ibu bekerja mempunyai cuti bersalin 2-3 bulan. Selepas itu, sama ada ibu biasa memilih untuk meletakkan anak dalam jagaan nenek, pembantu rumah ataupun hantar ke taska/ penjaga. Nak hantar ke taska ni kena berhati-hati tau. Nampak mudah tapi sebenarnya anak akan habiskan 2/3 hari nya di pusat asuhan. Benda ni bukan sahaja pengaruh perkembangan anak, bahkan ia memengaruhi peribadi dan perwatakan anak nanti. Mari kami sharekan panduan memilih taska/ asuhan yang baik.

1. Berapa ramai anak asuhan

Sekiranya anda menghantar bayi, pastikan maksimum bayi yang dihantar ke seorang penjaga adalah 3 orang. Jika bayi yang dalam lingkungan setahun, maksimum untuk seorang penjaga 5-6 orang sahaja. Lagi sedikit, lagi bagus. Jadi penjaga dapat memberikan perhatian penuh pada anak anda. Bukan nak selfish, tapi boleh tak anda sendiri beri lebih perhatian pada 5 orang bayi yang sedang menangis serentak? Panduan ini sangat penting.

2. Lihat kebersihan

Lihat kawasan sekeliling taska atau rumah penjaga. Jangan sampai semak tinggi semeter. Silap-silap ada ular di dalam. lihat dalam kawasan rumah, adakah lantai bersih berkilat. Lihat dalam kawasan dapur adakah bersih. Penting sangat sebab jika kebersihan tidak terjaga bimbang anak mudah jatuh sakit. Yelah kat situlah anak kita nak merangkak, nak berlari. Di dapur tulah dia nak sediakan makanan dan susu anak. Kena pastikan bersih.

3. Lihat keperibadian penjaga

Yang ni memang perlukan pengalaman sebab keperibadian penjaga sangat mempengaruhi anak kita. Pastikan penjaga seorang yang solat 5 waktu, yang mempunyai nilai sama seperti kita. Macam saya, saya memang jenis cakap sopan lembut, saya benci orang yang cakap kasar dan perkataan yang tidak patut. Jadi saya mesti cari pengasuh jenis yang sama. Sebab saya taknak anak saya ambil atau mencontohi sikap pengasuh yang bertentangan dengan nilai-nilai saya.

Selain itu, adakan penjaga seorang yang mesra dan benar-benar sayangkan anak saya. Untung tau kalau dapat penjaga seperti ini. Kita akan rasa tenang je bekerja. Tak perlu risau. Nak tahu macam mana lihat anak kita waktu kita ambil. Adakah anak kita ceria atau anak nampak gundah gulana.

4. Sentiasa peka pada anak

Lihat anak kita setiap kali kita ambil dari taska. Jika masih bayi, periksa tubuhnya ada kesan lebam atau merah. Bayi wangi dan pampers bersih ke atau balik masam je. Lihat sama ada bayi nampak kelaparan atau tenang sahaja. Jika anda lihat bayi tidak keruan, tukarkan cepat-cepat. Sesekali luangkan masa untuk balik awal dan beri ‘kejutan’ istimewa pada pengasuh. Jika lihat anak dalam keadaan baik, insyaAllah pengasuh orang baik-baik.

Jika sudah besar sedikit, lihat emosi anak. Adakah anak nampak happy sampai bersinar-sinar matanya. Atau anak tiada mood dan sedih. Anda kenal anak anda. Jangan abaikan tanda-tanda seperti ini. Jika anak sudah mampu bercakap, sentiasa tanya keadaannya.

5. Solat hajat dan berbuat baik

Dalam dunia ni, orang yang baik akan dapat balasan baik. Maka kita sentiasa kena berbuat baik pada semua orang. Kalau kita suka menganiaya orang lain, tentu anak kita nanti akan dibuat orang. Ehh.. tapi betul ni. Bila mahu memilih taska anak sentiasa solat hajat dan istikharah mohon gerak hati dari Allah. Minta diberi petunjuk, minta Allah jaga anak kita sebaik-baiknya. InsyaAllah semuanya akan selamat.

Kesimpulannya, bukan mudah nak pilih taska anak-anak. Bukan sekadar letak dan ambil. Dah terlalu banyak kes di taska sehingga terjadinya kemalangan emosi dan jiwa. Alangkah ruginya bila jiwa suci anak-anak ini sudah terpalit dengan luka akibat kecuaian kita memilih taska atau penjaga yang sembarangan. Itu belum masuk lagi dengan jenayah paedophilia yang semakin banyak berlaku di rumah pengasuh dan taska. Sayangilah anak anda.

(Artikel ditulis oleh Amalina Mohd Daud, MBBS (IIUM) seorang ibu kepada 2 anak dan merupakan founder kepada toddible food for baby and toddler)

0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *