Geram Dengan Perangai Baru Anak Kecil? Anda patut baca tips dari ibu ini

Bila anak dah pandai, dah cecah setahun ke atas, mulalah anak akan tunjuk perangai lain macam. Ada yang suka pukul-pukul, ada yang suka tantrum sampai malu ibu bapa, ada yang kita cakap banyak kali tak mahu dengar. Jom kita ikuti perkongsian Ezzaty Sufian mengenai tips beliau untuk bentukkan sikap anak dengan tidak memukul.

zaty memang tak pukul anak?

zaty pukul. Tapi ada teknik pukulnya khas untuk fayyadh yang usia dia sekarang 2 tahun 6 bulan.
Usia ni usia anak belum faham apa-apa. Dia baru nak kenal orang sekeliling. Baru nak kenal tentang hidup. Baru nak faham pasal dunia dia sendiri. Baru nak tahu dan ingat perkataan-perkataan baru. Baru nak cuba bina ayat yang dia faham.

So, macam mana kita orang dewasa ni boleh expect anak kita tahu semua benda seperti mana kita orang dewasa ni tahu? Kita cakap sekali, tegur sekali, marah sekali, kita nak anak terus dengar dan ikut.

Itu yang akhirnya kita geram dan sakit hati, kita tuduh anak tu tak nak dengar kata. Kita naik tangan. Pap! Kuat kita pukul badan dia. Tak cukup sekali, kita tambah lagi.
Yang lagi sadis bila kita tegar tampar muka dia. Tunjal kepala dia, pulas telinga, cubit peha sampai menjerit budak tu menangis. Pada usia anak tu 2,3,4,5,6,7 tahun. Sakit tubuh badan dia, tercedera emosi dia.

Allahu Rabbi.

Serius ibu ayah. Diorang tak tahu dan tak mengerti apa pun. Hidup pada usia diorang adalah hidup yang perlukan explanation. Penerangan yang terang dan jelas dari kita. Hidup diorang lebih banyak melihat segala tingkah-laku dan percakapan kita untuk diikuti dan ditiru.

Islam dah bagi garis panduan palingggg mudah dalam disiplinkan anak-anak. Macam mana cara nak suruh anak solat?

Umur 7 tahun, kita ajar, ingatkan, ingatkan dan ingatkan lagi tentang solat. Berkali-kali kita sebut, kita cakap dan kita cerita tentang solat.
Umur 10 tahun baru kita dibolehkan untuk pukul anak kalau dia degil tak nak solat. Itupun pukul dengan niat nak mengajar. Pukul dengan tegas. Bukan pukul dengan amarah. Pukul pun mesti pada bahagian lutut ke bawah. Terutama di bahagian tapak kaki.

Itu cerita tentang solat tu. Benda yang paling berat dan paling utama yang kita kena tekankan pada anak. Islam tak ajar kita paksa anak solat seawal usia 2 tahun.

Apatah lagi pukul dia sebab tak solat waktu usia tu. Sebab apa? Sebab dia bukan faham pun apa maksud solat dengan kehidupan sebenar.

Sama macam tingkah laku yang dia suka buat, tapi kita tak suka tengok. Baling barang, pukul adik, sepahkan mainan, menjerit bila nak something, tendang barang-barang kat rumah bila mengamuk.
Dia tak tahu, tak faham pun benda yang dia buat tu salah. Yang dia tahu cuma nak ekspresikan perasaan tak puas hati, marah, sedih dan kecewa pada kita.
Sebab tu jadi tugas kita untuk memahamkan dia, bagi tahu dia benda tu salah.

Fayyadh pernah tiba-tiba datang perangai pukul zaty setiap kali kita tegur salah dia. Tak kira zaty yang tegur atau abah dia tegur. Mesti dia datang kat zaty, pastu lepuk muka kita, badan kita tanda dia tak puas hati. Kuat juga tau. Sampai tertanggal spek mata.
Mula-mula zaty tegur dia dalam nada tegas yang dia tak boleh buat macam tu. Tapi makin rancak lagi dia lepuk kita.

Akhirnya, zaty pegang tangan yang dia guna untuk pukul kita tadi dan zaty tepuk kuat. Tak menyakitkan tapi cukup untuk buat hati dia tersentap.

Yes, fayyadh menangis. Tapi bukan sebab sakit, cuma sebab terasa hati kita marah dia. Bila dia dah menangis tu, kita pujuk dan cakap lah elok-elok pada dia. Bagi tahu yang kita tak suka dia pukul-pukul kita. Tak baik dia buat perangai macam tu.

Keep explain, explain dan explain pada dia. Budak ni lagi cerdik dari kita. Dia faham apa kita cakap.

Ada 5 kali jugak situasi macam ni berlaku. Dan 5 kali jugak lah zaty dan suami buat perkara yang sama pada dia. Finally, dah takde habit tu pada dia sekarang. Hilang terus.

Jadi bertukar pulak. Setiap kali kita tegur salah dia, cepat je dia datang kat kita tarik kepala dan cium pipi kita. Kita pun dari nak marah, terus tak jadi.
Habit kedua fayyadh yang zaty berjaya ubah bila dia suka sangat baling barang terutama bila dia marah atau tak puas hati pada kita. Umur 2 tahun setengah ke atas, patutnya habit baling barang ni dah makin kurang.

So, setiap kali dia baling barang, setiap kali tulah zaty suruh kutip balik. Mula-mula memang dia tak nak. Nak tunjuk protes pada kita kan.
zaty pegang tangan dia, bawa ke tempat barang yang dah dibaling tu. Lepastu suakan tangan dia ambik barang tu dan bawakan tangan dia sekali sambil pegang barang letakkan semula kat tempat asal.

Menangis-nangis dia mengikut tangan kita. zaty explain cakap tak suka fayyadh baling barang macam tu. Bagi tahu dia perangai yang dia buat tu tak elok. Fayyadh buat ummi marah. Kalau fayyadh nak apa-apa, cakap baik-baik dengan ummi.

Alhamdulillah. Teknik ni pun berjaya. Cukup 3 kali dia buat, sekarang dah takde perangai baling barang tu lagi. Kalau ada pun, memang zaty suruh dia kutip dengan suara yang memang tegas. Cepat je dia kutip. Lepastu dia datang pada kita, peluk kita.

Benda yang sama berlaku pada kita, orang dewasa ni sebenarnya. zaty sendiri tak suka suami cakap kasar-kasar, marah, tengking, herdik kita. Apatah lagi pukul-pukul kita. Takde siapa pun kat dunia ni suka diperlakukan macam tu kan.

Kita lagi suka nak dengar dan cepat je ikut bila suami tegur sikap kita dengan hikmah dan lemah-lembut. Dengan penuh rasa kasih sayang. Rasa seronok nak berubah. Emosi dan perasaan pun takde terhiris, tersentap.

Ini pada kita orang yang dah matang, ada akal cukup boleh fikir. Tapi adil ke kita layan anak bawah 7 tahun dengan kemarahan, pukul, herdik bagai? Anak pun jadi konfius. Dia yang tak cukup akal atau kita sebenarnya?

Kesimpulannya, bila menegur anak tu elakkan pukul anak terus. Cuba usik je perasaan anak sikit dan terangkan pada anak kenapa tak boleh buat begitu. InsyaAllah, kita dapat elakkan anak dari perangai yang tak elok. Pada masa yang sama anak akan faham kenapa tak boleh buat macam tu..

0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *