Bahaya sapu vicks atau vapor rub pada anak kurang 2 tahun!

Fuhh harini terbaca berita dekat cbc news tentang bahaya sapu vicks dan vapor rub. Harap sangat mommy kat sini tak sapu bahan camtu tau

Kalau yang ada stop cecepat tauu. Sebab vicks atau vapor rub ni kuattt sangat. Bila kuat sama ada dia buatkan kulit si comel yang halus tu melepuh. Kita pun dah terasa panas yang amat. Si comel tu lagi lah rasa terbakarrr.

Kalau tak melepuh pun…nanti salur pernafasan akan tersekat. Sebab kandungan vicks tu boleh jadi irritants tau yang sebabkan lebih banyak mucus dihasilkan dan salur pernafasan akan lebih sempit.

Dari kita nak tolong legakan batuk dan selesema anak, tapi kita sebaliknya TERUKKAN lagi keadaan.

Jadi apa nak buat kalau anak batuk dan selesema?

Pertama, bertenang je. Sebab ibu yang panik memang tidak membantu keadaan.

Unuk bayi yang selesema, saya sarankan tidak mengambil ubat di mana-mana. Hanya perlu konsisten guna sterimar dan penyedut hingus, Saya pernah kongsikan saya suka beli pigeon sebab dia manual kita boleh tarik guna mulut. Selain harga yang BERPATUTAN, ianya mudah digunakan!

Untuk bayi yang batuk, memang nampak bayi agak kurang selesa. Boleh sapukan rubs pada dada. Rajin-rajin buat chest percussion. Kalau saya memang flutherapy lah pilihan.

Dan kalau mommy nampak anak ada tanda-tanda di bawah, sila bawa berjumpa dengan doktor segera:
.
1. Demam berpanjangan
2. Bayi tidak aktif
3. Bayi tidak makan atau minum langsung
4. Bayi nafas laju/ dada berombak

0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *