Antara kencing dan tanggungjawab…

“Papa, nak kencing…”
———————————

Shhhhhhhh terus keluar mengalir. Anak sulong saya kencing di tgh ruang legar Mydin Seremban 2. Mau 200ml jugak selesai. Kebetulan ibunya ada urusan dan tak dpt bersama.

Teringat kisah beberapa tahun lalu. Saya sedang beratur di kaunter utk membuat pembayaran. Seorang anak kecil comel mundar mandir di belakang ibunya. Mungkin msh sedaya upaya menahan kencing. Akhirnya terlepas jua.

Reaksi ibunya sgt mengecewakan sbg warga negara yg sudah 60 tahun merdeka. Jenis org yg sedar tentang masalah tp lebih cenderung utk beredar seperti tiada apa2.

Saya bersuara! Segera menegur ibunya yg sdg cuba berlari dr masalah. Bukan nk suruh dia cuci tp bertanggjawab lah. Anak sendiri kot! Sambil sy pesan pd dia, kesian org awam lain. Mau dipijak lopak tu, apatah lg risiko utk slip, trip and fall lg.
Baru lah ibunya seolah br sedar dia perlu menggunakan akal dlm urusan mcm ni. Sengih2, tak pandang muka, tgh lantai smbil cuba arrange sesuatu.
Sy smpt cdg supaya bgtau cashier utk walkie talkie cleaner dtg. Meanwhile berdiri lah kejap sbg hard barricade supaya org awam tak jatuh licin atau pijak.

Teguran sosial itu akhir sekali dpt saya praktikkan smlm bersempena anakanda abdullah “bocor” dalam mall.
Berikut adalah how-to sbg perkongsian:
1. Tgk sekeliling. Semak urusan siapa dan urusan apa yg akan terkesan. Kes semalam berlaku dpn booth coway. Maka serta merta sy mohon maaf pd salesgirl berkenaan di samping bg jaminan sy akan uruskan shingga selesai. Juga pesan utk pekerja coway pesan pd org awam supaya berhati2.
2. Kebetulan ada troli yang tak digunakan di kawasan berdekatan. Troli disorong ke atas lopak tinggalan anak saya. Biar di tgh jalan supaya org awam boleh divert ke jalan yg kering dan bebas najis.
3. Bertanya pd security bagaimana sy boleh dpt servis cleaning. Dibawak ke pej perkhidmatan planggan. Sy mulakan dgn memaklumkan kesan tinggalan anak saya. Ada juga minta mop dan baldi supaya dpt trus lap. Akhir sekali peg bertugas sambil tersenyum smbil ucapkan tinggalkan urusan tersebut pd cleaner. Sy tinggalkan mereka dgn lokasi yg detail supaya pbersihan dpt dilakukan segera.

Saya yakin kedua anak sy sdg perhati tindakan saya. Semoga mereka termotivasi utk sntiasa mnjadi warga bertaggungjawab.
Cerita simple. Sorry kalau tak wow!
#startsmall
#atleast

[Credit kepada Tn Mohd Fauzi Bashir]

0 shares
Previous Post

Anak anda ‘buas’? Apa tindakan seterusnya?

Next Post

Tips Penjagaan Rambut Kerinting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *